I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 14, 2009

Corat-coret - "Hikayat D' Futsal"

Alkisah, tersebutlah kisah yang nyata tertulis dalam "Hikayat Tuanku Shah" bermukim di arena padang futsal. Dalam hikayat tertulis ini, baginda merupakan pelopor kepada arena sukan Mukim Twintech.

Bermusim lamanya, baginda mengimpikan agenda futsal; baru purnama ini terbitnya pasukan futsal impian. Sementelahan pula, baginda merasakan tampuk takhta yang diterajui kawasan Mukim Twintech akan berakhir kerana kehadiran "Budak Punk" yang diasuh "Mak Adib".

Arakian, "Budak Punk" ini sangatlah mahsyur kehidupannya. Kisah kehidupannya, seringkali dicereka oleh "Mak Adib". "Mak Adib" ini pula amat kasih kepada anak asuhan ini, maka terbitlah gurindam, "bodoh-bodoh saja".

Bidalan ini bukanlah menjatuhkan maruah mereka berdua, cuma ia sekadar gurindam kala berduka!!! "Mak Adib" sangatlah suka berlagu ini untuk mengubat jiwa lara "Budak Punk".

Apapun, "Tuanku Shah" bukanlah marah kepada "Budak Punk" sebab suka bersendirian, tak suka kacau orang!!! Tapi, awas kalau "Mak Adib" marah!!!


Sentelahan pula, Tuanku Shah amat suka kepada gurindam ini hingga dilagukan dengan irama sendiri kala hatinya terkenang arena futsal Mukim Twintech!!! Apatah lagi gurindam Mak Adib ini, mengekalkan ratingnya dalam kalangan pemain futsal Mukim Twintech naungan baginda Tuanku Shah!!!

Alangkah indahnya memori baginda pasti baginda sangat bangga!!!


Nota Kaki Pengarang:

"Hikayat D'Futsal" ini bukan bertujuan merendahkan maruah mana-mana
individu disebutkan. "Hikayat D'Futsal" dicoretkan sekadar untuk suka-suka. Buletin Terbaik mengingatkan kepada pemain lagu Gurindam Mak Adib ini, sebagai satu sorakan semangat kepada pasukan futsal tapi awas kalau Mak Adib marah!!!.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment