I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 14, 2009

Futsal- Sukan Dari "Terbaik"

Sokonglah pasukan kita!!
Anggaplah anda berada dalam kalangan mereka ini!!!

Sukan Futsal merupakan asas kepada penubuhan Buletin Terbaik. Latihan pertama bermula awal Januari lalu, dibawah seliaan Saudara Muhammad Ihsani selaku jurulatih pasukan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, aktiviti ini telah membawa satu pembaharuan kepada pembangunan aktiviti pelajar Twintech. Suka dikatakan, aktiviti ini mendapat sambutan baik dari kalangan pelajar lelaki dan juga perempuan.

Latihan futsal bermula setiap hari Jumaat, pukul 3 petang hingga 5 petang. Sesi ini perlu, perlu bagi menguji tahap kecergasan juga stamina pemain. Berdasarkan tinjauan Buletin Terbaik, hampir kesemua pemain telah menunjukkan komiten juga kerjasama yang tinggi. Komen Buletin Terbaik, hal ini boleh dijangka kerana kesungguhan juga kesungguhan jurulatih futsal( Muhammad Ihsani a.k.a. Abe Shah). Syabas dan tahniah!!!

Malah, beliau tidak teragak-agak untuk menyediakan pengangkutan untuk pemain khususnya perempuan juga bagi mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri!!!

Begitupun, Buletin Terbaik berharap akan ada penambahan juga kerjasama penuh semua pihak demi pembangunan sukan dalam kalangan pelajar Twintech khususnya supaya bakat-bakat terpendam warga Twintech dapat kita "letupkan"!!!


Tidak mustahil pasukan kitaakan berdiri seperti ini, jika usaha berterusan terus dilaksanakan!!!

Majulah sukan warga Twintech!!!

Friday, February 13, 2009

Buletin Terbaik- Satu Pencapaian!!!

Salam Perkenalan buat semua.

Alhamdullillah, dengan izin ALLAH juga insiatif penggerak sukan Twintech KB, Buletin Terbaik akan diterbitkan secara maya juga akan diedar kepada warga Twintech sebagai wadah penyampaian isu-isu sukan semasa; dalam dan juga diluar lingkaran Twintech Kota Bharu.

Buletin Terbaik ini hasil cetusan idea Muhamad Ihsani, selaku penggerak utama Kelab Futsal yang dinaungi Encik Zailey dan juga Cik Aidil Yana. Manakala, unit berita pula akan dikawalselia oleh Shahzul Izzil Sham Al-Rashid.

Buletin Terbaik adalah satu medium yang digunakan unutk meningkatkan prestasi sukan melalui pelbagai cerita yang divariasikan mengikut imaginasi sidang pengarang. Disamping itu, Buletin Terbaik akan mengupas isu-isu sukan dari perspektif yang bebas tanpa dipengaruhi mana-mana elemen mahupun "kuasa luar".

Seiring dengan itu, jika tiada aral melintang Buletin Terbaik akan diedar kepada warga Twintech secara bulanan bermula Febuari ini. Manakala, blog Buletin Terbaik akan dikemaskini mengikut peristiwa semasa sukan Twintech.

Terakhirnya, sidang Buletin Terbaik menerima sebarang kritikan, cadangan, idea juga tulisan warga Twintech untuk kita sama-sama bergerak dibawah unit sukan. Sebarang pertanyaan boleh diaju terus kepada Muhamad Ihsani, selaku penggerak unit sukan dan juga unit berita sukan Twintech.

Wassalam.