I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Terkini- Kelate.net D'Terbaik

Kelate.Net akan menjadi Pautan D'Terbaik sebagai langkah sokongan kepada sukan bola sepak tanah air. Pemilihan Kelate.Net ini bukanlah atas kapasiti mahupun perasaan "kenegerian" tetapi ini juga adalah sokongan kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan yang mempunyai rekod tanpa kalah sepanjang musim ini.

Sebelum ini, semasa proses penubuhan bolg ini, Buletin Terkini telah menyenaraikan dua Pautan D'Terbaik iaitu http://meetuncleshah.blogspot.com (Pengarang Buletin Terbaik) dan juga pautan ke http://www.twintechkelantan.edu.my (Laman Web Twintech Kelantan).

Senarai Pautan D'Terbaik akan dikemaskini dan akan dipantau dari semasa ke semasa. Buletin Terbaik juga memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyenaraikan pautan sukan untuk diletakkan dalam Buletin Terbaik.







Bagaimanapun, senarai itu mestilah berkaitan dengan sukan lebih-lebih lagi berkenaan dengan perkembangan sukan tanahair.

Buletin Terbaik amat berharap akan mendapat respon yang baik dari kalangan warga Twintech Kelantan.

Terkini- Mesyuarat Jawatankuasa Futsal







Satu Mesyuarat Jawatankuasa Futsal Twintech akan diadakan pada:

Tarikh: 19 Febuari 2009
Hari: Khamis
Tempat: Akan Dimaklumkan Kepada Ahli
Masa: 12:oo Tengahari

Mesyuarat ini dijangka akan dipengerusikan Saudara Ihsani membincangkan perkembangan terbaru Kelab Futsal Twintech dan juga perancangan untuk kemajuan sukan futsal Twintech.

Kehadiran adalah wajib kepada semua ahli.

Monday, February 16, 2009

Terkini - Pembelian Pemain Pertahanan

15 Febuari - Satu kebanggaan buat Team Futsal Twintech apabila berjaya membida seterusnya berjaya memiliki pemain pertahanan baru. Pemilikan baru ini dijangka akan menguatkan barisan pertahanan team iu.






Aminnudin Mohd (gambar) a.k.a. merupakan pemain kampung yang berjaya menongkah arus pemain kampungnya apabila berjaya dalam saringan pemain yang diadakan baru-baru ini. Beliau yang dipilih atas kapasiti kebolehannya menekel p**d*n-p**d*n yang ada di Jalan Hamzah. Kebolehan beliau dalam bidang ini, memang tidak dapat dinafikan lagi. Pemilihan beliau ini turut mengundang kebanggaan ketua kampung beliau di Salor.



Buletin Terbaik difahamkan satu kenduri besar-besaran akan diadakan sebagai penghargaan menaikkan nama kampung kelahiran beliau. Beliau, yang dihubungi baru-baru ini (nombor telefon beliau banyak terdapat di tandas awam Kota Bharu) berkata, penampilan sulung beliau pada 12hb Febuari lalu banyak menyelamatkan keadaan juga pertahanan fusal Twintech (erm, cam riak je beliau ni)
Buletin Terbaik juga Kelab Penyokong Futsal Twintech berharap penampilan kedua beliau minggu ini akan menaikkan nama Twintech dalam senarai kesebelasan utama kelab ternama futsal Malaysia.